SEJARAH IR 4.0
Revolusi pertama bermula di Britain pada abad ke-18 (1760-1840) dengan pengenalan penggunaan kuasa wap pada kuasa air di dalam industri pembuatan. Revolusi pertama ini lebih dikenali sebagai Revolusi Industri kerana perubahan proses dari menggunakan tangan kepada penggunaan mesin khususnya dalam industri tekstil. Ini membantu pertanian dengan dan istilah "kilang" menjadi sedikit popular.
Kemudian, sebelum Perang Dunia Pertama, satu lagi perubahan berlaku apabila ahli sains menghasilkan penemuan baru seperti elektrik, yang menggerakkan Revolusi Industri 2.0 dengan terhasilnya telefon, kapal terbang dan kenderaan yang berasaskan Internal Combustion Engine. Pada waktu ini, pengeluaran besar-besaran keluli membantu memperkenalkan keretapi yang seterusnya menyumbang kepada pengeluaran secara besar-besaran. Pada tempoh ini juga inovasi dalam bidang kimia juga diperkenalkan, seperti penciptaan pewarna sintetik.
Revolusi Industri ke-3 bermula pada pertengahan abad ke-20 (1950-1970). Revolusi Industri ke-3 lebih dikenali dengan nama Revolusi Digital kerana revolusi ini menyaksikan kebangkitan elektronik yang dipelopori oleh transistor dan microprocessor Seterusnya membawa kepada kemajuan dalam bidang telekomunikasi dan pengkomputeran. Revolusi Digital ini menggunakan internet untuk pengeluaran automatik dan tempoh ini Dikenali dengan nama Era Informasi (Information Age).
Dan sekarang, ia beralih kepada Revolusi Industri 4.0 yang pada dasarnya diasaskan daripada industri 3.0 iaitu revolusi digital. Industri 4.0 pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai "Industrie 4.0’’.IR4.0 merujuk kepada proses pembangunan dalam pengurusan pembuatan dan pengeluaran rantaian (chain production) dan dikenali sebagai "Revolusi industri Keempat-IR4.0’’. IR4.0 muncul dengan inovasi-inovasi baru serta penemuan pelbagai teknologi baharu dan adalah kesinambungan revolusi industri ke-3. Ia menyaksikan kemunculan satu sistem iaitu Cyber Physical Systems (CPS) yang mengandungi mesin pintar, sistem penyimpanan dan fasiliti pengeluaran yang mampu bertukar-tukar maklumat secara autonomous melalui Industrial Internet of Things.Salah satu teras utama dalam IR4.0 adalah kecerdasan buatan (Artificial Intelligence/AI).
Perubahan pantas dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memecahkan sempadan antara realiti maya dan dunia nyata. Idea di sebalik Industri 4.0 adalah untuk mewujudkan rangkaian sosial di mana mesin boleh berkomunikasi antara satu sama lain, yang dikenali sebagai Internet of Things (IoT) dan komunikasi antara mesin dengan manusia, yang dipanggil Internet of People (IoP). Dengan cara ini, mesin boleh berkomunikasi antara satu sama lain atau dengan pengeluar. Ini dinamakan cyber-physical production system (CPPS). Semua ini membantu industri mengintegrasikan dunia sebenar menjadi satu maya dan membolehkan mesin untuk mengumpul data secara langsung, menganalisisnya, dan juga membuat keputusan berdasarkan data-data tersebut.
Comments
Post a Comment